Friday 19 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Assalammualaikum semua! Salam Ramadhan!

"Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Marhaban Ya Ramadhan!"

Baiklah. Pasti anda semua sedang menunggu waktu berbuka puasa.

"Baru pukul 11.15 am"

"Biarlah! Tak ada idea nak tulis apa"

Penuhi Ramadhan anda dengan amal ibadah ya?

Teks oleh D'FaFa

Saturday 2 May 2015

Makan.....!

"Mifdhal, makan...!" kataku.

"Makan?" balas Angah merangkap sepupuku.

"Perut Mifdhal dah nak pecah dah! Asyik makan je!" sambungnya lagi.

"Hah?" balas ku kebingungan.

Lalu aku menyambung, "Makan ubatlah!".

Disambut dengan gelak ketawa.

"Hahahahaha!"

Teks oleh D'FaFa.

Making a video

Assalammualaikum.
Sudah berbulan agaknya tidak menulis di blog ini. Rindu rasanya.

Sekarang ini, saya hendak bercerita tentang aktiviti di kampung!

Ternyata, banyak aktiviti yang telah kami lakukan. Sepupu bagaikan sahabat.

Beberapa jam yang lalu, "Ha! Jom main video-video" saya memecah kesunyian. "Hah? Tapi, nak buat pasal apa? Apa ceritanya?" sepupu yang digelar Angah menyambung.

Cadangnya, hendak lakukan pada waktu pagi iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Baru sahaja hendak bermula, "Aik? Dah boleh makan?" sepupuku yang mendapat gelaran Along menyampuk pula.

"Haah. Tapi kalau nak sayur kena tunggulah" jawab Angah. Saya hanya melihat Angah yang sedang membawa pingganya hendak memulakan sesi makan tengah harinya. Sedangkan, jam menunjukkan pukul 11.45 p.m.

Haish. Terasa lapar pula perut ini. Saya mengikut Along yang sedang berjalan menuju ke dapur. Mengambil pinggan dan mencedok nasi yang masih panas. "Sedapnya! Ayam kecil masak merah!".

Menjamah dengan penuh selera.

Jadi, kami memulakan sesi perbincangan untuk meneruskan 'plan' kami.

"Along, Angah, Kakak, Danish, Adal! Pergi sembahyang! Dah zuhur!" Opah melakukan tanggungjawabnya.

"Haahlah! Dah zuhur! Siapa nak solat dulu?"

"Pergilah solat!"

"Bila nak 'start' ni? Solatlah cepat!"

"Cepatlah!"

Akhirnya, jam menunjukkan pukul 2.00 p.m.

"Okay, sekarang ni nak buat macam mana?" Angah memberi soalan KBAT!

"Kita tak buat skrip lagilah!" saya membalas dengan jawapan KBAR.

Kami terhegeh-hegeh melakukan kerja.

Pada pukul 3.15 p.m, kami telah berjaya menyiapkan episod 1. Masih terdapat 3 episod yang tergendela.

Baru sahaja tadi, tepat pukul 5.25 p.m, "Bila nak buat episod 2?" Along memberi soalan KBAT yang seterusnya.

Bilakah kesudahannya? "Haishh.."

Teks oleh Dea Farah.

Link

Followers