Friday 7 February 2014

Karenah Cikgu Kami Di Sekolah...



Hai, kawan-kawan!

Apa khabar?

Lama sudah saya tidak menaip di papan kekunci untuk menulis sesuatu di blog ini.

Hari ini saya hendak berkongsi tentang cerita yang boleh dikatakan kelakar, tetapi jika tidak mahu ketawa pun tidak mengapa, saya tidak kisah.

Nama cikgu tersebut kami gelar Cikgu Am. Beliau bertindak sebagai guru kelas kami bagi sessi petang persekolahan tahun ini. 

Ceritanya begini, sewaktu kami semua, saya, Isya, Rina, Tina, Uha, Lis, If, Ira, Riha dan Ilah sedang menaiki tangga sehingga ke tingkat empat, untuk memasuki kelas kami bagi menghadiri kelas tambahan. 

Tiba-tiba Cikgu Am muncul.

Beliau dalam perjalanan ke kelas kami.

Katanya, "cepat! Kalau lambat Cikgu kunci kamu di luar kelas. Ha, nampak cikgu cepat je ni, sana sikit! Sana sikit!!"

Kami sedang penat menaiki tangga. Jadi kami mengabaikannya buat seketika.

Tiba-tiba Cikgu Am menolak Isya ke tepi sehingga mengenai dinding. Saya berkata, "Kesian, Isya...". "Tak patut betul la cikgu ni, main tolak-tolak je". Balas Rina.

Tidak lama selepas itu, saya dan Tina pula di tolak Cikgu ke hadapan. Kami berdua terkejut dan hampir terjatuh. Mujur kami sempat bertindak untuk menyelamatkan diri.

"Cikgu ni, macam budak-budak la! Kata jangan berlari kat tangga, ni Cikgu yang buat... Ishhh!" Balas saya dalam keadaan yang tidak setuju.

Ternyata Cikgu  Am yang sampai ke kelas dahulu. Kami masih tenang melangkah menuju kelas.

Setibanya kami di kelas, pintu di tutup serapat-rapatnya. Jadi kami bercadang menggunakan pintu belakang.

"Korang nak guna pintu belakang tak?" tanya Riha.

"Boleh la juga" balas Rina. 

"Apasal tak nak masuk ikut depan? Lagi senang." Tanya saya kepada mereka.

"Kan Cikgu Am dah tutup" balas Lis.

"Tutup tak semestinya kunci" balas saya.

Lalu saya dan Rina cuba menolak daun pintu depan. Dengan mudah pintu terbuka.

Kami masuk dan meneruskan kelas pada hari tersebut.

Saya rasa sangat kelakar.

"Bukanlah kelakar sangat pun. Jumpa lagi ya!"

Oleh Dea Farah.

Link

Followers