Saturday 22 November 2014

Beautiful!


Assalammualaikum guys. How are you today?

Baiklah. Saya bukannya mahu ber'speaking' di sini. Lagipun, saya kurang mahir dalam berbahasa inggeris. Nanti saya akan cuba praktikkannya.

Kawan-kawan semua ada terfikir tentang perkara yang hendak dilakukan sepanjang cuti sekolah ini? Maklumlah, sekarang ini cuti sekolah.

"Yeay, cuti!" itu yang akan disebut oleh pelajar sekolah rendah yang berusia 7 hingga 11 tahun.

Tetapi, "Apa? Cuti? Cepatnya? Ala.. Tak 'best'la" itu pula yang akan disebut oleh pelajar sekolah rendah berusia 12 tahun. Kerana mereka bakal meninggalkan sekolah. Termasuk saya.

"'Ok'la. Dea bukannya nak cerita pasal tinggal sekolah, nangis, apa semua"

Tetapi, Dea hendak 'share' kepada semua, antara aktiviti cuti sekolah.

"Korang semua, tengokla video kat bawah ni"


'How To Draw Your Hand In 3D'

'Parents' boleh kongsikannya kepada anak-anak.

Kakak-kakak dan abang-abang pula boleh kongsikannya kepada adik-adik.

"'Share' kat lain, tau!"

"Sharing is Caring!"

Teks oleh Dea FaFa.
Cannot copy-paste.
Video- You Tube.

Creative Idea!



Assalammualaikum semua. Hari ini bermula cuti persekolahan. Sedihnya hati ini kerana terpaksaku tinggalkan rakan-rakanku. Maklumlah, tahun hadapan kami akan melangkah ke tingkatan satu pula. Tetapi, tidak mengapa. Kerana, pada hari Rabu, kami akan berjumpa semula kerana keputusan UPSR akan diumumkan.

Maaf, abaikan sahaja cerita diatas itu. Saya bukan hendak berkongsi tentang itu. Tetapi saya hendak berkongsi tentang ini.


'How to make Chocolate Balloon Bowls'

Khas untuk pengemar aiskrim atau coklat atau kedua-duanya sekali. Ya, kalau dilihat memang kelihatan sungguh enak. Tetapi, apa kata kalau cuba dahulu. Baru tahu.

"Wah, hebatnya" ucap adikku.

"Hurmm.. Macam sedap je. Nanti nak 'try' la" bisikku.

Jangan lupa untuk cuba ya. Ikut arahan. Kalau tidak menjadi cuba lagi.

Orang berjaya pernah gagal. Orang berjaya tidak pernah putus asa.

Tetapi, jangan pula kalau sudah menjadi, dibuat berkali-kali. "Ubat gemuk, la!"

Jaga kesihatan juga. Sekarang ini banyak masalah obesiti. Ini antara puncanya.

So, keep trying, guys. Selamat mencuba.

"Boleh cuba. Boleh rasa. Boleh makan, tapi jangan berlebihan, tau!" Ingat pesanan saya.

Teks oleh Dea Farah.
Can't copy-paste.
Video- You Tube.


Thursday 13 November 2014

Keputusan PSRA

 'Happy' je.


Pejam celik, pejam celik peperiksaan besar bagi tahun 6 telah pun tamat. Tahun 2014 ialah tahun yang agak mencabar bagi calon UPSR. Tetapi, berkat usaha masing-masing, kami semua telah berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Pada 12.11.2014, hari Rabu. Tepat jam 12.00 tengah hari, Guru Besar sekolah kami akan melakukan pengishtiharan keputusan PSRA 2014.

Pada hari tersebut, tahun 6 sedang terlibat dalam satu program iaitu Program Hari Keusahawanan. Kami dikehendaki membuka gerai bersama-sama ahli kumpulan yang telah ditetapkan. Kami dikehendaki menjual makanan atau minuman yang telah ditetapkan juga. Ya, memang seronok. Tetapi kami telah hilang semangat tepat jam 12 tengah hari kerana keputusan akan diumumkan.

Kami dikehendaki meninggalkan gerai kami seketika dan masuk ke dalam dewan. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang menangis kerana berjaya dan ada juga yang menangis kerana gagal. Juga ada yang menangis kerana risau.

Pelajar terbaik PSRA sekolah kami dipegang oleh murid lelaki dengan peratus sebanyak 98.4%. Alhamdulillah, 18 orang murid berjaya memperolehi mumtaz. Kepada kawan-kawan saya dan juga calon PSRA tahun 2014 yang sedang membaca ini, saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda semua.

Terima kasih guru-guru kerana telah membimbing kami dari awal. Terima kasih, cikgu.

Oleh Dea
Gambar koleksi peribadi.
Cannot Copy-Paste

Link

Followers