Monday 22 December 2014

You Tube I Jiran



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! Selamat pagi, semua. Hari ini, iaitu 23.12.2014, masih cuti sekolah! "Yeay!".

   Tetapi pada tahun hadapan, Dea akan masuk ke sekolah yang baharu.

   Dan, pada tanggal 25 Disember, anda semua pasti tahu bahawa pada tarikh tersebut ialah Hari Krismas! Saya beritahu tentangnya kerana sehari sebelum Hari Krismas ialah Hari Lahir adik kesayangan saya! Iaitu pada tanggal 24 Disember.

   Tetapi, bukan itu yang ingin saya kongsikan. Saya cuma hendak berkongsi tentang You Tube. Pasti anda semua selalu menonoton video-video menarik yang terdapat di You Tube, bukan? Saya hendak kongsikan satu video menarik yang saya sendiri suka menontonnya. Malahan, sepupu-sepupu saya juga ummi dan adik saya sendiri juga suka menontonnya.

 
Apa kata anda semu klik pada butang 'play' disitu.

Bagaimana? Kelakar bukan? Baiklah itu sahaja untuk hari ini "kotlah". "Okaylah. Babai korang!" *Bahasa pasar tetap di hati*


Teks oleh Dea FaFa.
Cannot copy-paste.
Video- You tube.







Saturday 22 November 2014

Beautiful!


Assalammualaikum guys. How are you today?

Baiklah. Saya bukannya mahu ber'speaking' di sini. Lagipun, saya kurang mahir dalam berbahasa inggeris. Nanti saya akan cuba praktikkannya.

Kawan-kawan semua ada terfikir tentang perkara yang hendak dilakukan sepanjang cuti sekolah ini? Maklumlah, sekarang ini cuti sekolah.

"Yeay, cuti!" itu yang akan disebut oleh pelajar sekolah rendah yang berusia 7 hingga 11 tahun.

Tetapi, "Apa? Cuti? Cepatnya? Ala.. Tak 'best'la" itu pula yang akan disebut oleh pelajar sekolah rendah berusia 12 tahun. Kerana mereka bakal meninggalkan sekolah. Termasuk saya.

"'Ok'la. Dea bukannya nak cerita pasal tinggal sekolah, nangis, apa semua"

Tetapi, Dea hendak 'share' kepada semua, antara aktiviti cuti sekolah.

"Korang semua, tengokla video kat bawah ni"


'How To Draw Your Hand In 3D'

'Parents' boleh kongsikannya kepada anak-anak.

Kakak-kakak dan abang-abang pula boleh kongsikannya kepada adik-adik.

"'Share' kat lain, tau!"

"Sharing is Caring!"

Teks oleh Dea FaFa.
Cannot copy-paste.
Video- You Tube.

Creative Idea!



Assalammualaikum semua. Hari ini bermula cuti persekolahan. Sedihnya hati ini kerana terpaksaku tinggalkan rakan-rakanku. Maklumlah, tahun hadapan kami akan melangkah ke tingkatan satu pula. Tetapi, tidak mengapa. Kerana, pada hari Rabu, kami akan berjumpa semula kerana keputusan UPSR akan diumumkan.

Maaf, abaikan sahaja cerita diatas itu. Saya bukan hendak berkongsi tentang itu. Tetapi saya hendak berkongsi tentang ini.


'How to make Chocolate Balloon Bowls'

Khas untuk pengemar aiskrim atau coklat atau kedua-duanya sekali. Ya, kalau dilihat memang kelihatan sungguh enak. Tetapi, apa kata kalau cuba dahulu. Baru tahu.

"Wah, hebatnya" ucap adikku.

"Hurmm.. Macam sedap je. Nanti nak 'try' la" bisikku.

Jangan lupa untuk cuba ya. Ikut arahan. Kalau tidak menjadi cuba lagi.

Orang berjaya pernah gagal. Orang berjaya tidak pernah putus asa.

Tetapi, jangan pula kalau sudah menjadi, dibuat berkali-kali. "Ubat gemuk, la!"

Jaga kesihatan juga. Sekarang ini banyak masalah obesiti. Ini antara puncanya.

So, keep trying, guys. Selamat mencuba.

"Boleh cuba. Boleh rasa. Boleh makan, tapi jangan berlebihan, tau!" Ingat pesanan saya.

Teks oleh Dea Farah.
Can't copy-paste.
Video- You Tube.


Thursday 13 November 2014

Keputusan PSRA

 'Happy' je.


Pejam celik, pejam celik peperiksaan besar bagi tahun 6 telah pun tamat. Tahun 2014 ialah tahun yang agak mencabar bagi calon UPSR. Tetapi, berkat usaha masing-masing, kami semua telah berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Pada 12.11.2014, hari Rabu. Tepat jam 12.00 tengah hari, Guru Besar sekolah kami akan melakukan pengishtiharan keputusan PSRA 2014.

Pada hari tersebut, tahun 6 sedang terlibat dalam satu program iaitu Program Hari Keusahawanan. Kami dikehendaki membuka gerai bersama-sama ahli kumpulan yang telah ditetapkan. Kami dikehendaki menjual makanan atau minuman yang telah ditetapkan juga. Ya, memang seronok. Tetapi kami telah hilang semangat tepat jam 12 tengah hari kerana keputusan akan diumumkan.

Kami dikehendaki meninggalkan gerai kami seketika dan masuk ke dalam dewan. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang menangis kerana berjaya dan ada juga yang menangis kerana gagal. Juga ada yang menangis kerana risau.

Pelajar terbaik PSRA sekolah kami dipegang oleh murid lelaki dengan peratus sebanyak 98.4%. Alhamdulillah, 18 orang murid berjaya memperolehi mumtaz. Kepada kawan-kawan saya dan juga calon PSRA tahun 2014 yang sedang membaca ini, saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda semua.

Terima kasih guru-guru kerana telah membimbing kami dari awal. Terima kasih, cikgu.

Oleh Dea
Gambar koleksi peribadi.
Cannot Copy-Paste

Saturday 2 August 2014

Peperiksaan percubaan PSRA


Satu pagi, ketika saya sudah sampai ke sekolah. Saya dan rakan-rakan meletakkan beg kami di belakang pentas sekolah. Cikgu kami tidak membenarkan murid tahun 6 naik ke kelas untuk meletakkan beg. "Semua darjah 6 letak beg kat belakang pentas. Jangan naik atas". Biasanya, kami semua akan naik terlebih dahulu untuk meletakkan beg sebelum perhimpunan mingguan bermula. Tetapi, pada hari tersebut kami akan menduduki Peperiksaan Percubaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). "Korang takutlah 'first time' ni".

       Sewaktu perhimpunan mingguan berlansung, kami membuat ulangkaji sedikit, dengan menghafal beberapa perkara yang masih perlu diberi perhatian. "Korang, ni apa? Ni korang hafal tak? Aduh, peningnya kepala aku". 5 minit sebelum peperiksaan bermula, kami semua dikehendaki beratur di luar dewan peperiksaan untuk menyemak kedatangan, susunan tepat duduk dan bacaan doa. Kami semua bergegas mengambil alat tulis apabila cikgu memberi arahan untuk beratur."Semau murid simpan buku dan cepat buat barisan". "Cepat! Cepat! Simpan semua buku! Cikgu dah pangil tu! Wei, ambil pensil, pemadam dan pembaris cepat!".

        Apabila kami semua masuk ke dalam dewan, kami mengucapkan perkataan 'good luck' kepada kawan yang lain. "'Good luck' korang semua". Kami menyemak kertas peperiksaan dan mula menjawab.

        Ramai yang berdebar-debar dan ada yang teruja keana ini petama kali kami menjawab peperiksaan di dala dewan Biasanya kami menjawabnya di dalam kelas.

        Apabila peperiksaan tamat,kami dikehendaki mengemas meja dan beratur dalam barisan untuk keluar dari dewan. Ada segelintir murid yang akan mengemas dewan. Mereka semua mengemas dewan dengan perasaan yang sangat ceria dan gembira. "Sungguh pelik kan?'. 

Teks oleh Dea
Dilarang 'copy-paste'

Friday 7 February 2014

Karenah Cikgu Kami Di Sekolah...



Hai, kawan-kawan!

Apa khabar?

Lama sudah saya tidak menaip di papan kekunci untuk menulis sesuatu di blog ini.

Hari ini saya hendak berkongsi tentang cerita yang boleh dikatakan kelakar, tetapi jika tidak mahu ketawa pun tidak mengapa, saya tidak kisah.

Nama cikgu tersebut kami gelar Cikgu Am. Beliau bertindak sebagai guru kelas kami bagi sessi petang persekolahan tahun ini. 

Ceritanya begini, sewaktu kami semua, saya, Isya, Rina, Tina, Uha, Lis, If, Ira, Riha dan Ilah sedang menaiki tangga sehingga ke tingkat empat, untuk memasuki kelas kami bagi menghadiri kelas tambahan. 

Tiba-tiba Cikgu Am muncul.

Beliau dalam perjalanan ke kelas kami.

Katanya, "cepat! Kalau lambat Cikgu kunci kamu di luar kelas. Ha, nampak cikgu cepat je ni, sana sikit! Sana sikit!!"

Kami sedang penat menaiki tangga. Jadi kami mengabaikannya buat seketika.

Tiba-tiba Cikgu Am menolak Isya ke tepi sehingga mengenai dinding. Saya berkata, "Kesian, Isya...". "Tak patut betul la cikgu ni, main tolak-tolak je". Balas Rina.

Tidak lama selepas itu, saya dan Tina pula di tolak Cikgu ke hadapan. Kami berdua terkejut dan hampir terjatuh. Mujur kami sempat bertindak untuk menyelamatkan diri.

"Cikgu ni, macam budak-budak la! Kata jangan berlari kat tangga, ni Cikgu yang buat... Ishhh!" Balas saya dalam keadaan yang tidak setuju.

Ternyata Cikgu  Am yang sampai ke kelas dahulu. Kami masih tenang melangkah menuju kelas.

Setibanya kami di kelas, pintu di tutup serapat-rapatnya. Jadi kami bercadang menggunakan pintu belakang.

"Korang nak guna pintu belakang tak?" tanya Riha.

"Boleh la juga" balas Rina. 

"Apasal tak nak masuk ikut depan? Lagi senang." Tanya saya kepada mereka.

"Kan Cikgu Am dah tutup" balas Lis.

"Tutup tak semestinya kunci" balas saya.

Lalu saya dan Rina cuba menolak daun pintu depan. Dengan mudah pintu terbuka.

Kami masuk dan meneruskan kelas pada hari tersebut.

Saya rasa sangat kelakar.

"Bukanlah kelakar sangat pun. Jumpa lagi ya!"

Oleh Dea Farah.

Link

Followers