Thursday 26 December 2013

Perlawanan Ez Math...


Ez Math? Apa itu?

Contoh.

Ez Math adalah satu kaedah belajar matematik dengan cara yang senang lagi mudah.

Hasil kerja.

Tetapi, sekarang saya bukannya mahu ceritakan tentang kaedah tersebut, tetapi lebih kepada pertandingan kami yang menggunakan cara belajar tersebut. 

Hampir selesai.

Saya dan sepupu saya, Along, 11 tahun (sebaya dengan saya) dan Angah, 10 tahun. 

Kami akan bertanding, tambah, tolak, darab dan juga bahagi. Nampak mudah bukan?

Tengah berusaha.

Tetapi sebenarnya sukar juga jika tidak hafal sifir bagi menjawab soalan darab dan bahagi. Dan lagi satu, ianya memerlukan kepantasan. 

Ini kepunyaan saya.

Kerana, jika kita sudah selesai menjawab, kita perlu tuliskan masa. Seperti di dalam gambar di bawah.

Contoh sahaja.

Mudah bukan? Jika hendak tahu susah ataupun senang, saya sarankan untuk CUBA.

Oleh Dea.
Photo koleksi peribadi.

Wednesday 25 December 2013

Kami dan roket kertas...


Bismillah....

Semalam, pada waktu malam, kami semua bersama sepupu-sepupuku, kami sempat bermain permainan yang dikenali 'roket kertas'.

"Sedia Adal", kata Abang Nish.

Permainan ini juga boleh dikatakan 'popular'. 

Kami bermain dengan cara yang berbeza sedikit. 

Pertama, saya menawarkan diri untuk menjadi 'penjaga gol' bersama sepupu saya yang saya gelar Angah. Kemudian, seorang sepupu saya, Danish bersama adik saya, Mifdhal, mereka akan membaling ataupun menerbangkan 'roket kertas' mereka sehingga memasuki gawang gol.

"Go", sedia untuk meluncur.

Mudah bukan? Baiklah itu sahaja untuk catatan hari ini.

Oleh Dea
Photo koleksi peribadi.

Permainan kesukaan kami di kampung


Bismillah....

Sudah masuk malam kedua aku berada di kampung halamanku ini.

Satu permainan yang kami semua akan main ialah berita-berita. 

Aku akan menjadi wartawan dan jurukamera sekaligus, dua sepupuku yang ku panggil Along dan Angah akan menjadi pengacara.

Seorang lagi sepupuku yang aku panggil Danish dan juga adik kesayanganku, Mifdhal akan menjadi pengiklan dan juga penonton bersama seorang lagi sepupuku yang masih kecil yang ku panggil Firdaus.

Sedang bermain 'berita kampung' dengan asyik.
     
Permainan ini kami semua gelarkannya, berita kampung. 

Mengapa kami mahu mengambil nama tersebut? Kerana, kami duduk di kampung. Lalu, terhasillah nama tersebut.

  'Port' kami.
                   
'Port' bermain kami di dalam bilik sepupuku. Walaupun saiz biliknya tidak berapa luas, tetapi inilah antara tempat yang kami selalu bermain. 

Itulah antara permainan kegemaran kami, berita kampung yang memang 'best'!     

Oleh Dea
Photo koleksi peribadi.

Superman


"Hmm.... Panasnya cuaca hari ni!" bisikku dalam hati. Sekarang ini aku berada di kampung halamanku.

Sudah lama juga kami sekeluarga tidak pulang ke kampung ini. Apabila ummiku memberitahu bahawa kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman, aku terus menjerit riang dan berkata, "Yeahhh!! Balik kampung Opah!!"

Sedang aku mengatur langkah untuk ke ruang tamu, kedengaran adikku sedang berbual bersama sepupunya, Danish.

"Jom main 'superman-superman' nak?" soal Danish kepada adikku. "Abang Nish ada baju 'superman' tau!" balas sepupunya. "Mifdhal pun ada jugalah!" balas adikku semula. 

"Hmm... Pasal baju pun nak gaduh" bisikku dalam hati. Lalu, terus mendengar perbualan mereka semula. 

"Mifdhal, Abang Nish rasa macam betul-betul 'superman' waktu pakai baju tu" jelas sepupunya. "Ha'ah la. Mifdhal pun rasa macam tu juga" balas adikku menyokong pendapat sepupunya. "Bila Abang Nish lompat je, rasa macam tengah terbang tau!" balas sepupunya. "Betul tu!" balas adikku.

Aku tersenyum sendirian sambil berbisik sesuatu di dalam hatiku, "Macam-macam la diaorang ni. Mengarut sampai macam tu sekali."

Selepas itu, mereka terus bermain permainan baru mereka dengan hati yang gembira.

Oleh Dea.

Tuesday 24 December 2013

Hari Lahir Adikku Yang Ke-5....


Bismillah.....

Pada suatu pagi.

"Adik, bangun dik! Hari ni birthday adik la" kejutku. "Hmm... Nanti adik bangun la, kak" balasnya.

"Mungkin dia tengah ngantuk lagi kot, yela semalam tidur lewat" bisikku dalam hati lalu membiarkan dia menyambung tidurnya semula.

Beberapa hari sebelum hari lahirnya, ayahku telah memberinya hadiah sempena hari lahirnya nanti. Dia mendapat sebuah beg yang cantik dan comel daripada ayah tersayang. 

Beg baru adikku.
                
Pada mulanya aku sedikit cemburu tetapi selepas ayahku membelikan sebuah beg yang cantik dan comel juga, aku berasa begitu gembira. Terima kasih ayahku sayang! "Love you so much ayah", ucapku kepada ayah apabila mendapat beg tersebut.

Beg kesayanganku...
               
Beberapa hari sebelum hari lahir adikku juga, aku sudah berjanji kepadanya untuk memberinya hadiah juga.

Pada pagi hari lahir adikku, aku terus berfikir hadiah apa yang boleh ku berikan kepada adikku itu? Sementara dia sedang tidur, aku terus berfikir. 

Setelah lama berfikir, adik comelku itu sudah pun terjaga daripada tidurnya. Selepas kami sudah bersihkan diri, aku membuat keputusan untuk memberinya hadiah seutas rantai yang sudah siap bersama satu beg dompet kecil yang comel. Beg dompet itu sebenarnya ialah 'keychain'. Pada mulanya aku bercadang untuk memberinya buku. Tetapi, adikku sudah memberitahu kepada ku awal-awal agar tidak memberinya hadiah yang berupa buku. 

Apabila aku memberi hadiahku itu kepadanya, dia terus mengambilnya dengan tangan kanan dan perasaan yang gembira. 

Umiku juga ada memberinya hadiah. Hadiah tersebut berbentuk makanan yang lazat. Nama makanan tersebut ialah kek batik. Rasanya amat lazat. "Hmm... Sedapnya!" ucap kami berdua apabila merasa kek batik tersebut.

Mak cik kami juga ada memberi adikku hadiah yang berupa makanan juga. Makanan tersebut bernama 'chessecake'. Memang sedap!

Adikku kelihatan gembira yang teramat. Aku juga tumpang gembira melihatnya.

Oleh Dea
Photo koleksi peribadi.

Monday 23 December 2013

Sahabat vs Kawan!


"Kitakan 'best friend'". Itulah ungkapan yang biasa disebut di antara kalangan pelajar di zaman ini.

Hai, kawan-kawan. Apa khabar? Sihat? Semoga sihatlah hendaknya. Hari ini saya hendak menceritakan ataupun berkongsi cerita tentang persahabatan.

Sahabat atau kawan yang lebih penting untuk dicari dan lebih penting untuk dijadikan peneman kita? Cuba fikir, mana yang lebih berbaloi untuk dicari? Fikirkan dalam-dalam ya.

Baiklah, saya akan berikan makna ataupun erti sahabat terlebih dahulu, kerana bagi saya sahabat lebih penting dan bebaloi untuk dicari dan untuk dijadikan peneman kita.

Sahabat, yang saya tahu bermakna orang yang sentiasa sudi untuk membantu kita di kala kita sangat senang dan juga di kala kita sangat susah.

'Dia' tidak kira senang ataupun susah manapun keadaan kita, dia tetap akan membantu kita. Dan kadang kala 'dia' juga perlu memberi alasan kepada kita kerana hendak membantu kita. Seronok bukan, jika ada peneman sebegitu rupa? Memang berbaloi.

Dan seterusnya, makna yang saya tahu bagi kawan ialah orang yang sentiasa sudi untuk membantu kita di kala kita senang sahaja. Tetapi, di kala kita susah, dia melupakan kita dan pergi kepada orang lain dan lakukan perkara yang sama. Perlukah jadi peneman kita? Fikirkanlah sejenak.

Mana yang lebih berbaloi ya? Teruskan berfikir.

Saya ada saranan buat sahabat. Jadilah sahabat kepada sahabat kita yang lain. 

"Jadilah sahabat kepada sahabat kita yang lain". 

Teks oleh Dea.

Link

Followers