Thursday 14 November 2013

Snogurt? What is it...


"Mmm...... Sedapnya!!" itulah ungkapan pertama yang keluar daripada mulut saya apabila merasa makanan tersebut. Makanan apa? Makanan tersebut memang lazat dan juga menyelerakan. Makanan tersebut diberi nama 'snogurt'.

'Snogurt'? Apa itu? Snogurt...


Papan tanda 'snogurt'.

Ianya gabungan dua perkataan; 'snow' dan 'yogurt'. Tetapi saya sendiri masih tidak pasti betul ataupun ianya hanya sekadar imaginasi saya. 

Bagaimana rasanya?


"Sedap!"

"Rasanya sangat sedap dan juga sejuk. 'Snogurt' juga digelar 'froyo' yang memberi maksud 'frozen yogurt'."

Kalau nak tahu rasanya, kena cubalah! Dan rasanya lebih kurang dengan 'tutti frutti'. Cuma lagi sedap! Kalau tidak tahu juga 'tutti frutti' dengan 'snogurt' itu apa, saya sarankan merasanya menggunakan lidah anda. Mesti anda akan rasa 'frozen'nya. Rasa sekali, hendak lagi!

Di sekitar Shah Alam, retailer-retailer 'snogurt' berada di seksyen 7 dan di bangunan Zam-zam, seksyen 14.

Sebenarnya, 'snogurt' adalah juga yogurt yang dibekukan. Sebab itulah rasanya 'frozen'!

Senang cerita, pergi ke kedai 'snogurt' dan beli, kemudian makan sepuas-puasnya. Rasa sekali, hendak lagi.

Sekian, sampai di sini sahaja beberapa info tentang 'snogurt'. "Bye, jangan lupa baca cerita-cerita yang lain sekali tau!" Lagi satu, kawan-kawan boleh layari laman web snogurt di www.snogurt.com.

Oleh Dea.
Photo koleksi peribadi.

Friday 8 November 2013

Cool Blog is Delicious


Hai kawan-kawan. Hari ini saya mahu bercerita tentang satu minuman yang boleh dikatakan 'popular' sekarang ini. Minuman tersebut digelar 'cool blog'.

Ber'cool blog' dengan adik...

First time saya rasa 'cool blog' tu waktu saya balik sekolah. Memang ramai kawan saya yang heboh pasal air tu. Dalam hati saya cakap "sedap sangat ke cool blog tu? Nanti nak cuba lah". Bila first time saya rasa, "wow, memang sedap sangat!" Tapi air itu sudah tinggal sedikit sahaja. Emak saya kata adik saya minum terlalu banyak kerana rasanya yang 'cool'. Selepas itu, saya rasa macam mahu beli lagi.

'Cool blog' itu sebenarnya sama sahaja seperti 'ice blended' yang lain, cuma yang membezakannya adalah rasanya yang 'cool'. Selain itu, saya paling suka perisa 'chocolate oreo'. Memang sedap! 

Akhirnya, sehingga hari ini, saya tetap membeli dan menjadi peminat tegar 'cool blog' tersebut. Akhir kata, kawan-kawan yang belum merasanya lagi, perlu mencubanya. Baiklah, sampai di sini sahaja. Ingat ya mesti cuba!

Teks oleh Dea.
Photo koleksi peribadi.

Wednesday 6 November 2013

Catatan Harian - Dea Dan XD


Akhirnya, boleh juga diriku mengetuk papan kekunci ini. Alhamdulillah, hari ini sudah hari ke-5 aku menduduki peperiksaan. Maklumlah, akhir-akhir ini ramai pelajar yang menduduki peperiksaan, sama ada peperiksaan besar ataupun kecil.

Tetapi, sekarang ini kehendak hatiku bukannya hendak menceritakan mengenai peperiksaan. Tetapi, mengenai satu permainan yang dinamakan 'xd'. Mengapa hatiku ini benar-benar ingin menceritakan mengenai permainan ini? Jawapannya, mestilah kerana permainan begitu menyeronokkan. 

Permainan biasanya untuk kanak-kanak, tetapi permainan ini berbeza sedikit. Ianya untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. "Apa yang menyeronokkan?" pasti dalam hati masing-masing sedang memikirkan soalan ini.Jawapannya pastilah kerana ianya permainan. Permainan memanglah menyeronokkan, bukan? "Hehehe, main-main je, jangan marah pula".


XD teater terletak di dalam bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam di Seksyen 13, Shah Alam.

"Okeylah, okeylah, sekarang macam mana situasi dalam bilik 'xd theater' tersebut". Di dalam bilik tersebut terdapat 8 buah kerusi, 4 di hadapan dan 4 di belakang. 8 jenis kaca mata untuk '6D' yang berwarna-warni. Kita hanya perlu duduk di atas kerusi tersebut dan pastikan memakai tali pinggan untuk keselamatan. Ingat "safety first!". Dan, sambil duduk, sambil memegang pemegang yang terdapat di sebelah kerusi tersebut.

Kemudian, tontonlah 'xd theater' tersebut. Ada pelbagai jenis cerita. Antaranya, 'haunted mine', 'ravine racer', 'cosmic coaster' dan yang paling 'best' sekali, 'canyon coaster'. "Semuanya dah 'try' kecuali 'cosmic coaster'". Kalau yang lain nak 'try', mesti ambil, 'canyon coaster' dulu. "Mesti!"

"Okey lah ya. Sampai sini saja, dah penat ni. Lepas ni saya nak cerita perkara yang lagi 'best'! Jumpa lagi!"

Teks oleh Dea.
Imej koleksi peribadi.

Link

Followers